Tuesday, 2 July 2013

Garam Buluh KOREA

Posted by Unknown at 02:03 0 comments

Salam....
Lama sgt tak update menatang ni...tiba2 nk update pasal garam...macam xde benda lain pulak..
Orang dok sibuk ttg artis korea dtg malaysia..aku cuma amek port ttg garam mereka saje...terbukti aku mmg cintakan kesihatan...
Garam buluh ni member aku yg rekemen...sbb aku tgk die cergas semacam je...
So,after few weeks dinasihati oleh beliau. Aku setuju....
Tapi.. ."jason,i hutang dulu tau..gaji x msok lg..."....hahaha
Dengan harga RM128.00 aku dpt sekotak garam buluh..dlm ade 40 sachet.. 

Cara guna: bancuh dgn air 250ml dan minum!!
Senang je....
Dont worry sbb die x masin sgt..tp agak busuk dan meloyakan...

Kesan :
1.Aku dah x sembelit...
2.aku senang bgun pagi..
3.susah nk penat..
4.kulit makin bersih. 

Aku x beli pon kolegen2 kt kedai tu..still bole comey...huhu...
Korang nk try?? Bole bgtau sy...

Friday, 10 May 2013

LOVE MALAYSIA (Pencerobohan di Lahad Datu)

Posted by Unknown at 21:49 0 comments

salam...

Kepada yang mungkin tak mengikuti perkembangan atau dengan erti kata lain "tak amek tau pasal isu semasa"...ingin sekali sy mengingatkan agar mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada
Pejuang2 Negara yang telah terkorban dalam pertempuran di LAHAD DATU & SEMPORNA...

~ Al-Fatihah~





LAPORAN SEMASA
9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.

"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina.  Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 28.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
  
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
  
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
  
Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.
  
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
  
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

azlan8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.



"Semoga semua akan kembali aman."

Sumber : Malaysia Kini 05/03/2013

KEHEBATAN PISANG

Posted by Unknown at 21:49 0 comments



"PISANG UNTUK SEMUA"
Assalamualaikum....

PENGENALAN
Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang terhasil dari pokok berbatang lembut.
Terdapat beberapa jenis pisang yang kita boleh ketahui seperti :

  • pisang nipah
  • pisang awak- dan saye
  • pisang tanduk
  • pisang abu - bakar ella
  • pisang 40 hari - tempoh edah
  • pisang emas - dibawa belajar
  • pisang berangan - angan Mat Jenin
  • pisang nangka
  • pisang raja
dan beberapa lagi jenis pisang yang aku sendiri tak tau....

PERSOALANNYA : kenapa kite perlu makan pisang??????


INI LAH SEBAB- MUSABAB NYE wahai pecinta pisang sekalian....
oleh yang demikian , marilah kite membeli / menanam dan memakan pisang!!!

terima kasih.
xoxo

Tuesday, 26 February 2013

how to calculate your CAR Insurance????

Posted by Unknown at 23:02 0 comments
salam hormat buat pengguna2 jalan raya sekalian,,,

motto kita pada hari ini ialah "ILMU SEDIKIT SAMA DIKONGSI"
dan berdasarkan motto ini jugalah, maka pada hari ini mari kite bersama2 belajar bagaiman untuk mengira secara KASAR/ANGGARAN jumlah insurance kereta anda.. heheheeeee.....

contoh sahaja..


sebelum tu uolls kene tau beberapa fakta penting!!
1. Harga insurance adalah ditetapkan oleh BANK NEGARA. - supposed harga insurance dari mana2 syarikat adalah sama.
2. Perbezaan harga adalah disebabkan beberapa charge tambahan. (bese la tuuu....)
3. NCD (no claimed discount) boleh dipindahkan dari SYARIKAT A ke SYRIKAT B tanpa sebarang charge...
4. Pemandu (authorized driver) yang berusia bawah 25 tahun dan atas 65 tahun akan dikenakan charge tambahan sebanyak 15%..-nnti aku explained-...sbb skang ni byk accident melibatkan golongan yg umur ni...
5. Umur kereta pun ade cas tambahan..seperti berikut :
  7 ke 10 tahun = 5%
  10 ke 15 tahun = 10%
 15 ke 20 tahun = 15%
atas 20 tahun = maaf!!tak dapek den nak nolong...poie la buek Third Party..haha

6. harga untuk setiap CC adalah berbeza..iaitu :
jika cc kereta anda tidak melebihi
1400  maka harganya ialah : rm237.35 dan sterusnye..
1650 = rm265.00
2200 = rm293.20
3050 = rm321.30
4100 = rm348.95
4250 = rm376.60
4400 = rm432.45
*ini harga untuk 1000.00 perlindungan yang pertama shj ye...
DAN penambahan sebanyak RM26.00 untuk jumlah perlindungan seterusnye...
kalau tak paham kat bawah aku ade bagi contoh...sila rujuk!!

ok,sedikit sebanyak mengenai insurance telah dijelaskan..mmg sikit pon!!..hahaha...ok la tu..dari tak tau lgsung..ye x?
sekarang mari kita belajar mengira.


  • jumlah yang anda nk insurance cover utk kereta anda berapa, ikot suka hati ko la nk letak berapa...jgn rendah sgt sbb klo accident nnti klo insurance tak cukup,,korang kene bayar sendiri kt bengkel....


cth : 20,000

  • CC kereta anda berapa??

cth : 1298 (1.3)
(skang tgok jadual hrga berdasarkan CC kereta)

RM237.35 (seribu yang pertama je),so ade baki 19,000 lagi kan???
RM26.00 x 19 = RM 494.00

RM237.35 + RM494.00 
= RM731.35

kalau takde loading,,ini la harga yang anda kene bayar!!!..MUDAH!!!..
TAPI kalau ade loading..tambah la..

Cth : kereta berusia telah berusia 9 tahun...maka, 5% akan ditambah..

5% dari jumlah yang kene bayar tadi..

5/100 x RM731.35 = RM36.57
so,
RM731.35 + RM36.57
total : RM767.92

sama la juge klo uolls punye umur below 25 and above 65..thank you..tambah la sendiri...15% dari
 harga yang iolls dah merahkan tu ye...

saya ulangi,INI ADALAH ANGGRAN KASAR..
ulang lagi...ANGGARAN KASAR
lagi skali,,ANGGARAN KASAR!!!









SELAMAT MENCUBA!!!...
xoxo!!!











tenangkan jiwa

Posted by Unknown at 22:13 0 comments
salam...

tibe2 aku terasa sakit kepala,,,macam ade benda yg wrapped kepala aku super kuat...
aku pun dengan segera google..kenapa boleh sakit mcm tu..haha...bukan nk p jumpa doktor..pandai2 plak cari DR.GOOGLE...lantak lah hai...

rupanye sakt macam ni disebabkan stress...pelik!!..aku nk stress pasai apa??..aku pon tak tau lah...
dengan rase diri ini macam bagus,,aku buat soul therapy..

bismillahirahmanirrahim.....

nah!!!....tengok sume gambaq2 nih..mmg therapy habes!!!.....






tenangkan hati..bykkan doa ye adik2 semua..terima kasih...
xoxo!!!!!!!

Amanat Berharga

Posted by Unknown at 17:41 0 comments
salam warga emas,,

topik of the day ialah berkenaan dengan PESANAN MAKCIK2 SEBELUM MAJLIS NIKAH/SANDING..

Sudah bersedia dengan pen dan kertas???...tak perlu sebenarnye...kerana anda hanya perlu copy, paste dan  print..zaman moden ni tak payah nk dok nyalin2 (salin) lagi mcm dulu2 ye...

semua pesanan ni aku terima beberapa minggu dan bertambah2 apabila majlis tinggal beberapa hari...
sambil2 makcik2 potong2 kentang,,siang2 ikan dengan arnab,,(wahh,,majlis kawen aku ade rendang arnab kot..ko hade??)...abes arnab mak abah  beberapa kandang kene sembelih...

sekandang         = 3 ekor
jumlah kandang = 10 buah

 3 ekor x 10 kandang
= 30 ekor arnab yang berjaya disembelih
*nk jugak buat kira2 bodoh....
smpai lupa senarai kan pesana orang2 tua...sorry!

1. banyakkan minum air masak - mencuci dalaman...

2. rajin2 la mandi herbaaaa....- herba mane nk guna acik??kang sy guna kayu manis dengan buah pelaga mak kt daput tu buat mandi kang..mak bising lak!!!!- gunakanlah antaranya daun sireh, serai wangi,dukung anak,...rebus semua tu..buat mandi..jgn mandi time tgh menggelegak (mendidih) kang tak kawen korang...

3. kurangkan keluar rumah - jgn lupa kurangkan upload gambar kt FB,Twitter, Instagram dan jadah2 seangkatan dengannye....

4. minum madu - bagi mengelakkan anda dari dimadukan..bbbhhaahahaha!!!...aku tipu je...bagi badan sihat la tu...

5. kurangkan make up - sy ikot je petua ni..sbb natural beauty dah mmg ade dlm diri kannn...klo korang aku tak tau lah..hahahaha

6. tido awal - "takot2 nnti lps kawen tak cukup tido kot" makcik jenab (bukan nama sebenar) menyampuk dari bawah khemah masak...

7. don't get stress - makcik tak cakap omputih..ni member aku pesan...sbb klo stress,,u takkan enjoy dengan majlis dan akhirnye hari bahagia jadi hari stress sedunia...masa hari kejadian,,biarkan saje apa pun yang berlaku...u dont have to think about it anymore....

8. cuci muka sebelum tidur dan JANGAN cuci muka dengan facial wash bila bangun pagi...cuci dengan air biasa je...haaaaa...ni utk jaga keserian wajahmu...tak caye??cuba lah!!

9. jangan jumpa bakal suami dengan kerap..dan jangan jumpa langsung seminggu sebelum mjlis...- tapi aku jumpa je..sbb ade hal penting kot..nk manage itu, ini!!!!...heeerrgghh!!!....

dan yang ke 10.

jangan lupa SOLAT dan mohon kepada Tuhan agar sentiasa diberi keberkatan dan juga dipermudahkan urusan...

xoxo!!

status : MARRIED

Posted by Unknown at 00:46 0 comments
Salam..

Kepada semua rakan-rakan, saudara-mara, musuh-musuh ketat, bekas2 teman lelaki, bekas2 bakal teman lelaki (kene phm betul2 tuh..) dan tak lupa kepada semua reporter2..hahaa..mula dahhh..
saye dengan in secara rasmi mengumumkan bahawa saye telah dinikahi...

"STATUS : MARRIED"

jangan kecewa kepada sesiapa yang berkenaan,,kerana lelaki itu menjadi milik saye separuh..sbb separuh lagi adalah milik ibunye..."syurgaku ada padanya,,dan syurganya tetap pada ibunya"...takkan pada aku pulak..tu dah syirik tu..hahaha....

majlis dah lama berlangsung...lebih kurang sebulan yang lepas...sbb kami nikah 13.03.1434 dan sanding pada 14.03.1434..ni bulan islam ye adik2..jgn plak p bakar kalendar kt umah tu...



alhamdulillah....

thanks to Mak,Abah,Abang,Kakak,Adik dan org2 kampung atas kerja keras semua...

xoxo!!

Friday, 11 January 2013

Kudrat Terakhir..

Posted by Unknown at 17:45 0 comments
salam..

sesampai nye aku dekat office, aku nampak sorang pakcik..wajahnye cukup tenang..tersenyum walaupun berseorangan...
aku yakin dia masih waras malahan lebih waras dari kita yang masih utuh dengan kudrat yang seteguh pasak...

Berjalan sambil memaut apa saja di sebelahnya untuk pastikan dirinya tak terjatuh menyembah lantai bumi...bila ada kenderaan menuju dekat dengannya, dia pasti berhenti..khuatir akan dilanggar mungkin...

Entah dari mana,hendak ke mana..aku pun tak bertanya..dan langsung tak berpeluang nak tanya...yang aku pasti,solat nya tidak pernah dilupakan..dapat dipastikan bila setiap kali azan berkumandang,kelibat pakcik mesti akan terlihat melintasi jalan menuju ke masjid betul2 di depan pejabat aku...

Besar sungguh hatinya,,cekal terus jiwanya..meneruskan hidup yang tinggal berbaki..Semoga pakcik sentiasa selamat di dunia dan akhirat sana...


(sekadar gambar hiasan)

* pakcik yg sebenar tak dpt nk snap gambar die..laju die jalan......

xoxo...

Tuesday, 8 January 2013

i kena bebel dgn encik BOS..

Posted by Unknown at 23:55 0 comments
Assalamualaikum wbt....alhamdulillah....bertemu kite kembali...

pertama-tama i nk ucap thousand of thank you kepada encik bos atas kesudian memberi bebelan percuma kepada aku sejak beberapa hari ini...ikhlas nih..

untuk share dengan semua orang isi kandungan nye mungkin sampai esok lusa pun tak habis..blum masuk part.."dengar tak?" "faham x?" "macam mane sekarang?"..dan ect soalan2 kepastian dari nye...

aku menadah telinga dengan rasa berbesar telinga dan opkos besar hati untuk mendengar nasihat..
"lia..prong preng prong preng prong preng...ek uk ek uk ek uk...paham tak??"..15 minit berlalu...
mata aku tepat memandang ke dalam bijik mata bos...penuh fokus,,
"paham...." tapi dalam hati..."eh..customer tadi dah bayar habis ke blum ek?aku dah key in ke?..bile die kate nk dtang amek polisi ni?"....
weng!weng!weng!....

tapi aku dengar ape yg bos cakap tu...semua berkaitan masa depan...
- mesti ade arah tuju..dlm tempoh 5 tahun, di mana kedudukan awak?
-ape yang awak nk belajar dlm tempoh setahun dari sekarang?
-siapa individu yang awak rase nk dekati??...(maksud die customer ke,,orang atasan ke...)

huh.."bos,sy nk bisnes gak..nk bukak kedai kek & pastry..."..eleeehh..konfiden nyeee...
bos cakap "bagus tuh.."....wahhh,,,ade dorongan nih..hahaha

tapi buat masa sekarang..aku nk fokus pada kerja sekarang..kerja dgn encik bos yg kuat membebel...


nampak sangat fokus kan?..huh...

Popular Posts

 

Kertas Putih Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting